Sunday, January 13, 2008

Sejarah Sekolah Smk.Methodist (ACS)

Dalam tahun 1907, seorang ahli perniagaan yang bernama Tan Weng Cheang bersama anaknya, En. Tan Lo Heong telah pergi ke Pulau Pinang untuk berjumpa dengan Rev.G.F.Pykett di Anglo Chinese School Pulau Pinang bagi mendapatkan seorang guru untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk anak-anak dan cucu-cucunya. Seorang guru bernama En.Jasudason telah dihantar oleh Rev.G.F.Pykett dan pada 1hb Julai 1907 sebuah sekolah telah diwujudkan di sebuah bilik tingkat atas banguan di Jalan Sungai, Parit Buntar. Ini adalah detik permulaan Sekolah Menengah Methodist (ACS) Parit Buntar dengan murid semarai 7 orang. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah Inggeris pertama di daerah Kerian (nama ACS iaitu Anglo Chinese Schoolcdipilih sebagai nama pertama sekolah berasal dari bangsa Cina). Lima daripada tujuh orang pelajarnya terdiri daripada keluarga Tan iaitu Tan Lo Tee (kemudian digelarkan Datuk Tan Lo Tee). Tyan Swee Teong, Tan Swee Chin, Tan Swee Ghee dan Tan Phock Kee. Murid-murid lainnya ialah Chen Wee Siang dan Paul Raj.

Pada tahun 1908, sekolah tersebut telah dikelolakan oleh Gereja Methodist dan Tan Lo Heong masih lagi memberi sumbangan beliau kepada pihak sekolah. Sekolah tersebut telah berkembang dan bilangan murid telah meningkat seramai 36 orang.Mulai dari tahun 1907 sehingga sekarang sekolah ini masih lagi dipegang oleh Gereja Methodist. Sekolah ini telah dinamakan "Methodist School Parit Buntar"

Pada tahun 1910,jumlah muridnya hanya terdiri daripada 65 orang. Sekolah ini seterusnya telah berkembang dari satu tahap ke satu tahap. Pada tahun 1911 jumlah murisnya telah mengikat kepada 85 orang dibawah kelolaan dua orang guru. Oleh kerana bilangan murid bertambah sekolah ini telah berpindah ke suah kedia di Jalan The Peh Konh.

Dalam tahun 1918, En. Tan Lo Heong telah mewujudkan sebuah tabung pembanguan sekolah. Derma di pungut di Parit Buntar dan Bandar Baharu, Kedah dengan bertujuan untuk membina sebuah sekolah yang mengandungi lima buah bilik darjah. Hasilnya, bangunan baru yang mengandungi lima buah bilik darjah di Jalan Brewster telah didirikan. Satu daripada bilik darjah itu telah didermakan oleh En. Tan Lo Tee. Pada masa ini, bilangan murid telah bertambah kepada 135 orang. Bangunan ini telah dirasmikan oleh E. Oliver Marks, setiausaha kepada Presiden British Perak pada ketika itu. Seterusnya semasa J.D Hall menjadi guru besar, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Anglo Chinese School.

Pada tahun 1920, En.K.S Vanniasingam menjadi guru besar di sekolah ini. Dengan penambahan bilangan murid semarai 176 orang, sukan plahraga talah diadakan dan buat pertama kalinya, pasukan bola sepak telah menyertai Pertandinfan Bola Sepak Di Daerah Kerian.

Pada tahun 1924, En.JAP Oswald mengambil-ahli tugas Guru Besar, kedatangan beliau telah mencacatkan satu sejarah baru bagi sekolah ini. Darjah unruk peperiksaan Cambrige dimulakan. Tumpuan juga di beri kepada kemajuan Bahasa Inggeris dengan penubuhan "Persatuan Perdebatan". Beliau juga memberi perhatian yang khusus kepada permainan. Rumah pasukan diwujukkan dengan nama rumah: Lo Heong, Lo Tee dan Laidin dalam tahun 1925.

Dengan bertambahnya bilangan murid, masalah kekurangan bilik darjah timbul. Pada tahun 1926, jumlah seramai 300 orang. Bilik darjah yang ada hanya lima buah sahaja. Dari itu kempen memungut derma pembangunan sekolah telah diusahakan.

Pada tahun 1930, jumlah murid semakin meningkat sekali ganda iaitu mencecah 331 orang murid. Justeru, pada tahun 1936 , pembinaan enam bilik darjah dilaksanakan di Jalan Maxwell ( sekarang Jalan Sekolah ). Pada tahun 1940, ketika era Perang Dunia Kedua mula melanda, bilangan bilangan murid mula menurun sehingga 220 orang murid sahaja.

Selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1950, bilangan murid terus bertambah menjadi 747 orang murid. Sekali lagi masalah kekurangan tempat belajar timbul. Walaubagaimanapun, pada tahun 1954, sebuah bangunan mengandungi 12 bilik darjah serta sebuah bilik Sains telah didirikan. Pada tahun 1956, bangunan yang mengandungi enam buah bilik darjah telah siap dibina. Pada tahun ini juga, nama sekolah telah ditukar daripada Anglo Chinese School kepada Methodist School sehingga hari ini.

Dengan termaktubnya dasar baru pelajaran, sekolah ini turut juga berubah pada mulanya pentadbiran sekolah rendah dan sekolah menengah diletakkan di bawah satu pentadbiran sahaja. Pada tahun 1958, pentadbiran sekolah rendah dan sekolah menengah telah diasingkan. Berikutan dengan ini, Lembang Tadbir bagi sekolah menengah dan Lembang Pengurusan bagi sekolah rendah di tubuhkan.

Pada tahun 1959, sebuah Pavillion sukan telah dibina sumbangan daripada En. lim Chong Chee. Pada tahun 1960, merupakan permulaan kemasukan murid-murid aliran Melayu. Bilangan murid menunjukkan sedikit penurunan iaitu seramai 610 orang murid sahaja. Menjelang tahun 1963, sekolah ini mengandungi tujuh kelas aliran Melayu dan 17 kelas aliran Inggeris.

Pada tahun 1962, sebuah bangunan perpustakaan telah dibina atas sumbangan En. Lim Ching Chee sebagai kenangan kepada mending isterinya, Heak Seok Yeong Nee (dinamakan bangunan ini penting bagi membantu seramai 776 orang pelajar menggunakan perpustakaan sebagai medan menambah ilmu pengetahuan. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YB. Tuan Haji Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhwal Ali Khan, Menteri Pelajaran pada 26hb Februari 1963.
Pada tahun 1963 iaitu sewaktu pentadbiran P. Subramaniam sebagai pengetua dan REF. K. Knutsen yang bertindak sebagai "Chairman, Board Of Governors" sekolah ini dikenali sebagai Methodist Secondary School, Parit Buntar (MSS). Berdasarakn statistik yang diperolehi pada Oktober 1963, sekolah ini mempunyai seramai 34 orang guru dan 911 orang murid. Mengikut pecahan enrolmen yang diperolehi, murid lelaki mendominasi sekolah ini dengan bilangan 625 orang berbanding murid perempuan hanya 286 orang sahaja. Amat membanggkan, sekolah ini memiliki murid pelbagai bangsa, agama dan budaya. Murid-muridya terdiri daripada 600 orang melayu, 188 orang Cina, 92 orang india dan 1 orang Eropah. Manakala, guru-gurunya terdiri daripada 4 orang guru Kristian dan 30 orang Melayu. Bilangan murid Kristian yang bersekolah disini adalah seramai 12 orang.
Bangunan baru Makmal Sains dua tingkat berharga RM 100,000.00 siap dibina pada tahun 1979. Bangunan ini didirikan dari sumbangan derma dan bantuan kerajaan. Bangunan ini dinamakan Bangunan Lim Chong Chee kerana beliau telah membiayai sebahagian besar perbelanjaan membina bangunan ini.
Pada tahun 1979, kerja pembinaan bangunan dua tingkat telah dimulakan. Blok baru ini mengandungi sebuah bilik masakan, sebuah bilik jahitan(SRT yang terkini dikenali sebagai ERT), sebuah pejabat dan tiga buah bilik darjah. Perbelanjaan keseluruhan untuk bangunan ini bernilai RM 200,00.00 yang dibaiyai oleh kerajaan dan derma-derma oleh para dermawan. Bangunan ini telah dirasmikan oleh TB. DR. Tan Tiong Hong dalam tahun 1982.
Bagu tujuan membaiki keadaan bangunan sekolah, beberapa usaha pengubahsuaian blok kayu(persebelahan perpustakaan) telah dijalankan. Pada tahun 1982, bilik kantin telah diubahsuaikan menjadi bilik guru sehinggalah hari ini. Pada tahun 1990, kantin sekolah telah diperbesarkan dengan penambahan kayu Melayu.
Pada tahun 1992, Gelanggang Serbaguna Sukan telah siap dibina, hasil sumbangan Dato' Abdul Rahman b. Sulaiman, Ahil Parlimen Parit Buntar bernilai RM 13,000.00 dan sumbangan Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Kerian. Pada tahun 1994, tandas baru mula sibina melalui peruntukan Kementerian Pelajaran bagi Sekolah- sekolah Bantuan Modal.
Pada bulan November 1999, kerja membina tempat masak kantin dilakuan dan bantuan modal bernilai RM 40,000.00 dan siap digunakan pada Januari 2000 dengan pembahagian kantin untuk pengusaha Melayu dan Cina.
Bilik guru baru dibina pada tahun 2002 dan mula digunakan pada 25hb Februari 2002.

No comments: